Definisi Isipadu Cecair

Isipadu cecair merujuk kepada kandungan atau muatan cecair dalam sesuatu bekas. Isipadu boleh diukur dengan menggunakan ‘non standard units’ @ unit bukan piawai (lebih atau kurang) dan ‘standard unit’ @ unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik.


Menyukat isipadu cecair pula adalah proses mengira jumlah cecair yang boleh mengisi bekas yang berlainan bentuk dan saiz mengikut unit ukuran piawai atau bukan piawai. Proses menyukat memerlukan kemahiran memerhati dan membaca unit ukuran. Oleh demikian, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis adalah penting dalam menguasi kemahiran ini.



Kesilapan Konsep Isipadu Cecair Dalam Kalangan Murid-Murid


Murid beranggapan bahawa bekas yang tinggi dan kecil saiznya mempunyai isipadu air yang banyak berbanding bekas rendah tetapi lebar. Contohnya bekas silinder penyukat 250 ml lebih banyak air dapat diisi berbanding bikar berkapasiti 750 ml.



Paparan video berikut dapat membantu menangani masalah kesilapan konsep tersebut.